Kata-kata Aluan Pengarah

Salam Sejahtera (Assalamu'alaikum) dan Selamat Datang ke CTP,

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok mempunyai keluasan hampir 800 ekar dan lebih kurang 100 ekar daripadanya telah dibangunkan untuk menempatkan bangunan fakulti dan pentadbiran. Bangunan yang dibina bertujuan untuk menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran dalam bidang yang berkaitan dengan bidang teknologi dan kreatif. Sebagai sebuah Universiti Keusahawanan, UMK perlu menimbang pendekatan bagi menjamin pendapatan menggunakan aset yang dimiliki. Oleh itu, pihak pengurusan Universiti telah membuat pengesyoran supaya kawasan tanah yang dimiliki perlu digunakan dengan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan. Strategi ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di bawah Lonjakan 5# Kemampaman Kewangan. Universiti perlu meningkatkan usaha menjanakan pendapatan ke arah mengurangkan pendanaan menyeluruh kepada Kemajuan Pengajian Tinggi. Universiti awam dikehendaki mempelbagaikan sumber pendanaan bagi membolehkan penambahbaikan berterusan dari segi kualiti program dan penggunaan sumber yang lebih berhemah dan inovatif. Untuk tujuan itu, sebuah tapak perlu dikenal pasti yang akan menempatkan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan teknologi kreatif dan memperkasakan warisan. Tapak ini juga akan digunakan sebagai tapak penjanaan pendapatan dalam bidang kreatif teknologi dan warisan.

Dalam memberi jenama baru kepada kawasan atau tapak yang akan diwujudkan akan dikenali sebagai Creative-Techno-Park atau singkatan "CTP". CTP ini bukan bertujuan untuk menjadi entiti untuk menjana pendapatan tetapi diharapkan akan menjadi showcase tentang pencapaian dan peluang kerjaya dalam industri berasaskan teknologi kreatif dan serta warisan. Ia juga diharapkan akan memberi gambaran sebenar tentang corak pekerjaan yang bakal dilakukan oleh graduan daripada bidang teknologi kreatif dan warisan.

Ikhlas dari,
Image
Encik Mohd Aswawi bin Isa