Majlis penyerahan Vessel lucut hak APMM kepada CTP UMK

Majlis penyerahan Vessel lucut hak APMM kepada CTP UMK

Penyerahan Kapal telah disempurnakan oleh Pengarah APMM Negeri, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob kepada Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Ts. Dr. Noor Azizi Ismail, sempena Majlis Penyerahan Vessel Lucut Hak kepada UMK, di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan, Tok Bali, Pasir Puteh pada 8 November 2020. Sumbangan kapal daripada pihak Maritim Malaysia ini adalah di atas usaha pihak Creative Techno Park (CTP) yang diketuai oleh Pengarah CTP, En. Mohd Aswawi Isa serta disokong oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr Arham Abdullah yang telah merealisasikan impian UMK untuk memperoleh sumbangan kapal daripada pihak Maritim Malaysia.